Saturday, 8 December 2012

Strawberry Crepes Meow Meow

Dear BlogHearts, 


Woot~ Woot~ Akhirnya impian aku nak buat Durian Crepes akhirnya tercapailah jua . Errrrr.. Sebenarnya bukan Durian Crepes, tapi Strawberry Crepes . Idea untuk membuat Durian Crepes terus dilupakan setelah-aku dan besties aku, Aten pergi ke super market untuk membeli bahan-bahan Durian Crepes . Sedang kami berjalan-jalan di rak sejukbeku, kami terpandangkan pek-pek buah-strawberry yang kelihatan penuh  bercahaya pada masa tu seolah2 melambai-lambaikan tangan ke arah kami . :') so, kami pon dukunglah beliau . (cewaah, macam babylah pulak) huhu~

 Maka dengan itu, secara tidak langsungnya, kami sudah membatalkan tujuan kami yang asal iaitu untuk membuat Durian Crepes.

Lagipun, aku sebenarnya 1st buat dessert-dessert bagai ni . Yela.. Selalunya kakak aku yang tengah tu suka buat menda-menda macam ginih . Sebab aku lebih suka masak makanan yang lebih heavy sikit macam laksa peneng dll tu semua . Then, lama-lama aku terdapat tau yang sekarang nih dessert yang namanya *Something-something Crepes nih, tengah 'hot' kat dalam  pasaran sekarang . Aku pon tak tahulah sapa yang dok reka menda alah nih, tapi nampak macam sedap jee . :3 Tu yang aku tergedik-gedik sanggup balik kampung masa weekend nih semata-mata nak jumpa besties aku and dah janji dengan dia nak buat Durian Crepes . :)

 So, tanpa buang masa, aku nak share kat pembaca semua gambar Strawbberry Crepes yang aku dah buat petng tadi . Harap kaorang nampak macam keliur bila tengok Straberry Crepes kami nih.. :')



TADAAA ! 

Keliur tak ? keliur kan ? kan? kan ?? heheheheee

Hmm.. Lepas aku share ni, mestilah ada antara pembaca semua yang nak  try jugakkan . :) so, tak salah kalau aku nak shaare setotek ilmu dengan kaorang kan ? walaupun aku tak sepakar pembuat Strawberry Crepes yang lain . Kalau kaorang rasa resepi aku macam bahaya sikit, kaorang bolehlah search je kat En.Google tuh sana . So, tanpa membuang masa penglihatan kaorang, aku tujukkan cara-cara nak menghasilkannya .

Bahan-bahan :

* 30 gram tepung gandum (setengah cawan)
* 30 gram tepung kastard (setengah cawan)
* 20 gram tepung jagung ( 2 sudu besar )
* 20 gram tepung ubi ( 2 sudu besar )
* 20 gram tepung kentang/tepung sagu ( 2 sudu besar )
* 3 biji telur
* 250 ml susu cair -suhu bilik ( 1 cawan lebih, kalau lebih pon takpe supaya crepes tu nipis )
* 1/4 sudu teh garam
* 1 sudu besar mentega cair
* pewarna - ikut suka

Cara-Cara :

1. Tapiskan tepung-tepung di atas dengan menggunakan penapis tepung . Setelah ditapis, kacau rata tepung-tepung tadi dan capurkan kesemua bahan-bahan di atas . Seeloknya menggunakan pengisar yang khas untuk membuat kek . Biarkan bahan selama 20 minit.

2. Mula panaskan pan rata dengan api yang kecil . Sapukan mentega dengan menggunakan tisu kitchen .

3. Ambil satu senduk kecil adunan dan lenggangkan kuali ke kiri dan ke kanan untuk mendapat lapisan crepe yang nipis . Masak sampai dadar mengering . Jangan diterbalikan . 

4. Ulangkan memasak dadar sehingga adunan habis .

5. Lapisan crepe yang telah masak jangan diindih-tindihkan . Sebaiknya biarkan lapisan crepe itu diasingkan sehingga benar-benar sejuk .

Inti Kastard Strawberry:

* 250 ml susu cair
* 1 1/2 sudu besar tepung kastard
* 2 sudu besar gula pasir
* 1 biji kuning telur
* Beberapa biji buah strawberry
* Whipping Creame 

Cara-Cara : 

Satukan kesemua bahan . Kisarkan sampai sedikit lumat . Tapis ke dalam periuk dan masak sehingga aduna menjadi kental. masukkan ke dalam peti ais .


Cara Penyediaan :

1. Letak whipping creame bersama inti castard strawberry secukupnya di dalam kepingan crepe . Letakkan whipping creame lagi untu rasa yang lebih ohsem .

2. Lipat comel-comel kepingan crepe tu macam bantal .

3. Sesudah melipat-lipat, masukkan ke dalam peti ais. Sedia dihidangkan .



Okeeeeey ! itu saje.... Mudahkan ? :D


*tulisan kali nih takde sengkang-sengkang sebab saje nak mengada . :P

Terima Kasih kerana Sudi Membaca ^_^

0 apa komen anda ?:

Copyright © All Right Reserved by Aishiteru Syera Mei'aouw a.k.a Syera Hanna Sakura