Tuesday, 18 November 2014

Brings Back Memories Ada Apa Dengan Cinta 2014 !




Dear Bloghearts,

Terasa hati ni berlonjak nak update lagi blog ni setelah berminggu lamanya aku tinggalkan sepi. Bila aku ternampak sekilas dua iklan Mini Ada Apa Dengan Cinta 2014 atau nama pendeknya AADC dalam iklan promo LINE kat television. Aku terus google everything pasal film ni. Terkejut campur excited campur dengan rasa berdebar kat hati ni sebab memang minat gila film ni mase aku sekolah rendah dulu. Kalau tak silap aku filem ni main masa aku darjah 3. Kecik lagi kan? Tapi tulah. Masa umur aku sekecik tu aku dah ade perasaan love story nih. Tak sedar masa cepat berlalu kan? dah 12 tahun dah pun. Rasa macam nak undur masa kembali je. :')




Masa aku tengok film ni 12 tahun dulu, aku tak puas hati why die sad ending ? Kenapa Rangga tak batalkan saje niat die nak pergi Amerika dan tinggalkan Cinta terkulat-kulat kat situ? huhu.. Bila fikir balik, dah memang macam tu jalan ceritanya nak buat macam mana kan? Takkan asyik nak happy ending je kan? Tak nampaklah impact, kelainan and letupnya cerita ni waktu era 2000-an dulu. Cerita ni aku rasa dapat ranking antara 4-5 bintang tak silap aku, sekaligus menaikkan kegemilangan film-film indonesia yang pada masa tu aku rase memang best-best giler. Aku cakap sebab aku antara salah satu peminat utamanya. no doubt. :) and pada zaman-zaman ni lah banyak kisah-kisah cinta yang banyak ade sad scene or ending kat airport macam Winter Sonata....... hmmm.. Tolong kembalikan zaman-zaman kegemilangan ini.. T.T

Dulu aku siap tiru step tarian yang Cinta dengan rakan2 die buat tau . hahaha.. tappi sekarang aku dah lupa step tu. :'p 


Sekarang diorang dah jadi wanita bekerjaya and dah macam ibu-ibu dah kan? Semuanya stunning, gorgeous and cantik gilaaaaaaaaaaa !  Tapi nampak macam diorang akrab gilerkan walaupun selepas 12 tahun. Memang betul kata Cinta dalam puisi dia. 'Sahabat untuk selamanya'. :')

Dalam film ni kalau sesiapa masih ingat, lepas farewell Cinta dengan Rangga kat airport tu, Rangga ada serahkan diary hitam milik dia pada cinta dan Rangga pesan baca puisi dimuka surat terakhir. Dan dalam puisi tu cakap akan berjumpa lagi dengan cinta selepas satu purnama iaitu satu bulan kalau tak silap. Mesti semua ingatkan yang Rangga betul-betul kembali selepas satu purnama tu.


Perempuan datang atas nama Cinta
Bunda pergi karena Cinta
Digenangi air racun Jingga
Adalah...
Wajahmu seperti Bulan lelap tidur dihatimu
Yang berdinding Kelam dan Kedinginan
Ada apa dengannya....
Meninggalkan Hati untuk dicaci
Lalu sekali ini aku lihat karya Surga
Dari mata seorang Hawa
ADA APA DENGAN CINTA?
Tapi
Aku pasti kembali dalam satu Purnama
Untuk bertanyakan kembali Cintanya...
Bukan untuknya, bukan untuk siapa
Tapi untukku, karena Aku ingin Kamu
Itu Saja.


Lepas promo Line ni tersiar, semua peminat AADC terkejut bila rupanya Rangga tak balik-balik pun kan... Sembang betul.. -_- Tapi ape-ape pun semua tak sabar nak tahu macam mana jalan cerita selepas 12 tahun terpisah... hope adelah sambungan die yang full lagi.. pleasee... pleaseeeee... yelahh, dah 12 tahun terpisah kan? kau rase? T.T

Okay,

bagi yang belum tengok cerita AADC yang 2002 ni lagi or yang dah lupa macam mana jalan cerita dia, tengoklah kat bawah ni ya.. ;)

Ada Apa Dengan Cinta 2002

Lepas 12 tahun....


Ada Apa Dengan Cinta 2014 (mini)

"detik tidak pernah melangkah mundur
tapi kertas putih itu selalu ada
waktu tidak pernah berjalan mundur
dan hari tidak pernah terulang
tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru
untuk semua pertanyaan yang belum sempat terjawab"



Apa pun, aku tetap sayang sangat dengan cerita ni. Hope sangat ade full version...

Oh ya !

Aku nak share sekali video cover mashup dari Nares. Dorang ni comel ! :* Please enjoyy ! ;)




Pertama kali aku tergugah
Dalam setiap kata yang kau ucap
Bila malam tlah datang
Terkadang ingin ku tulis semua perasaan

Kata orang rindu itu indah 
Namun bagiku ini menyiksa
Sejenak ku fikirkan untuk ku benci saja dirimu
Namun sulit ku membenci

Merajai diri yang penuh emosi
Jauh di dasar hatiku
Tetap ku mau
Dalam anganku aku berada disatu persimpangan jalan yang sulit kupilih

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau di sini aku tenang

Andai bumi terbelah dua
Biar kita tetap saling berpeluk

Wahai Pujangga Cinta
Biar membelai indah
Telaga dikalbuku
Jujurlah pada hatimu

Ada Apa Dengan Cinta
Perbedaan aku dan engkau
Biar menjadi bait
Dalam puisi cinta terindah


XOXO 



Terima Kasih kerana Sudi Membaca ^_^

Copyright © All Right Reserved by Aishiteru Syera Mei'aouw a.k.a Syera Hanna Sakura