Saturday, 21 June 2014

Come and Go

Dear Bloghearts,




Kini sudah dua hari  aku berpindah di Kuala Lumpur. Masih belajar untuk addapt dengan culture di sini. Ternyata lebih kurangan sedikit dengan kehidupan aku di Kuantan dahulu semasa aku di zaman diploma. Di sini, semuanya masih asing bagiku dan aku akan cuba juga untuk adapt dengan semuanya di sini.

Pagi ini aku membuat keputusan mengundurkan diri dari interview di Malaysia Academy Airlines . Betul-betul di hadapan Malaysian Academy Airlines. Setibanya di sana, keyakinan aku serta merta hilang dan merasakan betapa kerdilnya aku di situ. Mereka yg menghadiri temuduga tu semuanya bergaya, kacak dan cantik-cantik dan penuh dengan personaliti mereka yang tersendiri tambah dengan wajah mereka yang tanpa sebarang cela. Tiba-tiba aku jadi hilang semangat. Jadi angah bawa aku pergi dari situ. Rasa bersalah sangat dengan mak dengan abah dan semua yang mendoakan aku. Aku tipu mereka dengan buat alasan yang aku tak lepas bahagian berat. Berat aku lagi 1kg je nk lepas, so kena tambah berat lagi nnt lepas ni.. Ya Tuhan.. aku betul-betul rasa bersalah dan sedih. Aku tiada apa-apa di situ ! hilang semua semangat.. :(

Tapi walau ape pun, aku tetap takkan berputus asa macam tu saja. Cita-cita dan impian aku untuk jadi one of the cabin crew akan aku gapai jua nanti. Cuma buat masa sekarang aku perlu cari pengalaman dan kumpul banyak wang dengan bekerja di mana-mana syarikat di sini. Cukup masa nanti aku akan pergi juga menghadiri interview itu lagi dengan penuh semangat, pengalaman dan personaliti aku tersendiri. Selain tu aku akan menghadiri kursus selama 3 bulan di Airacademy untuk dekatkan diri aku dengan cita-cita yang aku idamkan selama ni !

Selain mencari pengalaman dan wang, aku dan kakak akan masuk tuisyen bahasa inggeris untuk improvekan lagi communication skills aku. Salah satu sebab aku tak hadir temuduga tadi sebab aku tak tahu nak cakap apa dengan interviewers, semuanya kena dalam english kan ? Dah sah2 aku kena reject if aku gagap sebab nak susun ayat bagi betul.. Tak kesahla aku bersemangat n talkative pon kat situ, kalau bantai bm memang aku kena tendang sia-sia jela kat situ. So, sebelum aku apa-apa, aku kena sediakan senjata dan cukupkan diri aku sebelum jumpa interviewers tu.




Ditambahkan dengan apa yang berlaku selepas aku bangun tidur tadi, Niesa bagitau yang bekas kekasih aku jake, sudah bertemu dengan gadis lain. Aku yang tengah mamai terkejut and sedih tiba-tiba. Tak tahu kenapa aku masih nak bersedih lagi dan rasa perit. Mungkin perasaan tu datang sendiri tanpa aku minta. Susah nak digambarkan apa yang aku rasa sekarang. Sebab tu aku luahkan saja di dalam diary ini supaya semuanya dibukukan di sini saja dan tidak menganggu concentrate aku dalam kehidupan aku yg mendatang. Aku ingin menangis semahunya.

Aku ingin meluahkan semua ini pada Akmal dan ceritakan apa yang aku lalui sepanjang hari ini. Tapi apa yang lagi memeritkan, akmal tidak lagi ada dengan aku. Dah seminggu kami tidak menghubungi antara satu sama lain macam selalu. I'm swear i really missing him so much! Aku ingin menangis semahu-mahunya dibahu dia. Aku ingin dia ada dengan ku diwaktu begini.. Sumpah aku tak kuat bila dia takde bagi semangat kat aku.. :( Tapi aku tak dapat macam dulu dengan dia lagi.. Aku yang buat keputusan nak menjauhkan diri atas sebab yang antara aku dan dia je tahu.. Akmal, aku minta maaf sebab aku terpaksa pergi tinggalkan kau dan cinta platonik kita. Hanya kau yang tahu sebabnya kenapa.. Aku ingat perjanjian kita dan aku akan pegang tu selagi mampu. Maafkan aku.. Aku nak kau bahagia dan tahu pilih jalan kau. Aku nak kau belajar jadi hero yang matang dan tahu buat keputusan.. Hope lepas ni bila kita berjumpa lagi, aku nampak Akmal yg aku ingin lihat selama ni.

Apapun, pada bekas kekasihku, aku tetap akan doakan kebahagiaan dia dengan kekasih baru. Dan semoga Tuhan akan melenyapkan semua kenangan aku dan dia bersama sepanjang hampir dua tahun yang tidak kesampaian ini. Aku akan lupakan dia buat selamanya dan jalani kehidupan aku dengan bahagia sehingga sampai masanya, giliran aku pula menemukan cinta hati aku yang sejati dan semoga perjalanan aku nanti dengan cinta aku akan berkekalan hingga ke alam perkahwinan dan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Aku bagaikan boneka  yang hanya tersenyum dan tertawa  di hadapan semua tanpa sebarang masalah. Walau hakikat yang aku harus dan tetap kena terima bahawa mereka semakin hari pergi dari dan hilang dari hidup aku satu persatu. Inilah takdir kehidupan dan permainan duniawi di dalam hidup ini bahawa they 'come and go'. Tapi kesannya tetap akan tinggal di situ dan menanti abad untuk memamahnya. Aku akan selalu positive, ceria dan bahagia selalu di hadapan semua. Mereka tidak akan tahu apa yang aku rasa yang sebenarnya. Aku akan terus mencurahkan kasih sayang dan keikhlasan aku pada mereka yang berada dekat dengan aku walau mereka datang hanya untuk sebentar cuma.

Aku tetap akan meneruskan perjalananku di dalam hidup ini untuk mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang pramugari. Aku ingin menjadi wanita yang mencintai kerjayanya dan mengelilingi dunia dan timba pengalaman di dunia orang bersama perasaan penuh kasih dan sayang, passionate, dan semangat yang kuat dan cekal meneroka alam baru dan mengubah nasib keluarga aku pada masa yang sama.

XOXO

Terima Kasih kerana Sudi Membaca ^_^

Copyright © All Right Reserved by Aishiteru Syera Mei'aouw a.k.a Syera Hanna Sakura