Monday, 18 August 2014

RINDU




Saya doa awak baik-baik aje kat sana
Saya doa agar awak berjaya dengan apa jua yang awak niatkan
Saya akan selalu support awak dari belakang
Jauh antara kita takkan menghalangkan doa saya yang tak pernah putus pada awak
Saya minta maaf sebab saya terlalu rindukan awak
Rindu untuk bersama dengan awak lagi macam dulu..
Rindu untuk mengadu macam-macam kat awak
Rindu nak jadi gila dengan awak
Rindu nak jadi diri sendiri bila dengan awak
Rindu nak tengok awak geram dengan sikap saya
Rindu nak tengok awak risau pasal saya
Rindu nak cakap bahasa asing dengan awak
Rindu untuk bergaduh dengan awak macam kanak-kanak
Rindu untuk menceritakan segala apa yang berada dihati
Rindu untuk peluk awak
Rindu untuk dengar masalah awak
Rindu untuk menangis dengan awak
Rindu nak main kejar-kejar dengan awak..
Rindu untuk makan bersama
Rindu untuk lepak kat 7e cantik tengah-tengah malam sebab nak menyorok dari dunia luar
Rindu untuk main bar
Rindu untuk berenang curi-curi
Rindu nak main facial and make up2 dengan awak
Rindu untuk kumpul gambar-gambar kita berdua bersama
Gambar dari kita sem satu sampai sem enam
Kenangan-kenangan tu semua takkan saya lupa
Niat kita berdua untuk membesar bersama tak kesampaian
Saya nak awak bahagia dan saya nak leraikan konflik hati yang berlaku
Saya terlalu sedih sebab terpaksa pergi
Sampai sekarang perasaan sedih ini tak hilang
Tiada siapa mampu menggantikan sahabat seperti awak
Andai kita berjumpa lagi
Saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan awak
Saya tahu kita mungkin takkan macam dulu lagi
Mungkin kita akan berlagak seperti biasa macam tiada apa berlaku
Atau mungkin kita seperti tidak mengenali antara satu sama lain
Tapi hati saya sebenarnya rasa macam nak berlari peluk awak sebab rindu ini terlalu membuku
Saya terlalu rindukan kenangan kita
Kalaulah masa gembira tu takkan berganjak lagi..





Terima Kasih kerana Sudi Membaca ^_^

Copyright © All Right Reserved by Aishiteru Syera Mei'aouw a.k.a Syera Hanna Sakura